Lega.. Sungai buatan untuk mengurangkan resiko banjir ditangguhkan buat sementara setelah pihak-pihak terlibat terutamanya JPS Johor berdialog bersama penduduk Kg.Jawa petang tadi.
Dialog disertai juga Ahli Parlimen Sekijang YB Datuk Hj.Bahrom Bin Hj.Muhamed, YB Lau Chin Hon [ADUN Pemanis], YB Datuk Ayub Bin Rahmat [ADUN Kemelah] Wakil DO [ Pengerusi Dialog ], Penghulu Kanan - Masod Bin Hitam dan Wakil dari Jabatan-Jabatan kerajaan di Segamat.
Bantahan awal penduduk kampung terhadap projek ini adalah kerana :-
1. Sungai buatan ini 'melanggar' kawasan perkuburan islam atau sekolah agama.
2. Kedudukan projek tersebut tidak menepati sasarannya - sepatutnya ia dibuat di kawasan bermulanya air banjir memasuki kawasan kampung.
3. Benteng sungai akan menambah buruk lagi banjir di Kg.Jawa dan kawasan sekitarnya.
4. Menyukarkan Kariah Masjid Kg.Jawa, jika dibina sungai disitu, masjid akan berada ditebing sungai begitu juga dengan sekolah agama. Ini merbahaya bagi kanak-kanak sekolah.
Cadangan Penduduk kampung:
Dalam dialog ini 100% penduduk mahu lokasi asal ini dipindah ketempat lain dan kawasan yang dipersetujui adalah dimana air banjir mulai memasuki kawasan kampung iaitu di kg. Logah.
Walau pun dikawasan baru ini kos pembinaan meningkat sekali ganda kepada RM 63 juta ia adalah lebih berbaloi mengurangkan banjir di Kg.Jawa dan sekitarnya.
Secara amnya pegawai JPS Johor bersetuju dengan cadangan tersebut.
Penduduk kampung berharap pihak kerajaan dapat meluluskan dana tambahan supaya perojek ini dapat dipecepatkan.